HIRAHIRA - Hijab Untuk Awak

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Bab 1 - Pertemuan Pertama

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Di sebuah bandar terletak di Jepun, terdapat sebuah jambatan besar yang memisahkan orang-orang kaya yang tinggal di bahagian utara sementara mereka yang miskin hidup di bahagian selatan.

Shun, yang tinggal di bahagian selatan jambatan sedang menyaksikan matahari terbenam seorang diri.

 
HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Tiba-tiba, dia terdengar seseorang bernyanyi. Dia menoleh dan melihat sosok berpakaian rapi, tertutup dari kepala hingga ke kaki. Tudung hijau dikepalanya berkibaran ditiup angin, menampakkan wajahnya dari tepi.

Dia tidak terlihat seperti orang Jepun.

"Suaranya begitu merdu tetapi bahasa Jepunnya sungguh pelik."

Ketika dia melihat dengan lebih dekat, dia menyedari bahawa perempuan itu sedang menangis.

"Awak okay? Awak seperti ada masalah."

"Ibu saya menulis sebuah lagu dalam bahasa Jepun. Dia telah mengajari bahasa dan lagunya tapi saya sudah lupa bagaimana caranya untuk membaca bait yang tertentu kerana terlalu rumit."

"Awak perlukan bantuan? Saya boleh bimbing awak."

"Betul ke? Awak boleh bantu saya?

"Masalah kecil saja. Lagipun, saya tak suka lihat orang bersedih."

Dia menghulur tangannya.

"Saya Shun. Saya tinggal di sekitar kawasan sini. Saya tak pernah lihat awak sebelum ini, awak bukan dari sini, kan?”

Dia menatap tangannya, kelihatan ragu-ragu.

"Umm... saya Rania. "Maaf, tapi saya tak boleh menyalam tangan awak."

Shun tidak faham maksudnya dan tangannya dengan perlahan ditarik semula. Keadaan menjadi agak janggal. 

"Saya dari luar negeri."

Terdengar bunyi kibaran tudungnya yang amat menyenangkan apabila angin mula bertiupan sekali lagi.

"Saya suka dengan bunyi kibaran tudung awak - HIRAHIRA." ujarnya sambil menunjuk ke tudung di kepala Rania.

"HIRAHIRA? Apa itu?"

"HIRAHIRA menggambarkan bunyi kibaran kain apabila ditiup angin."

"Kain ini dikenali sebagai hijab."

“Hijabu?” 

Shun tidak pernah mendengarnya sebelum ini.

"Hadiah berharga dari ibu saya yang disimpan dengan teliti."

Bab 2: Keinginan yang kuat

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

"Boleh saya sentuh hijab awak?"

“Boleh.”

Ketika dia menyentuhnya, dia terkesima kerana menyedari betapa tingginya kualiti hijab tersebut.

"Awak seperti tertarik dengan hijab saya."

“Oh, sebab saya bekerja di kilang tekstil Yamato."

“Bekerja? Tapi, bukan ke awak masih bersekolah?"

"Habis sekolah, saya terus kerja. Lagipun, saya harus bekerja untuk menampung kehidupan seharian saya."

Rania memandangnya dari tepi. Dia tertanya-tanya apa Shun maksudkan tadi.

"Setelah ibu bapaku meninggal dunia, bos saya, Nishi-san yang mengasuh dan memberi tempat untuk tidur dan juga bekerja."

Hatinya sayu setelah mengetahui pemuda yang penuh dengan senyuman ini memiliki masa lalu yang teramat sedih.

"Bagaimana awak boleh sekuat begini, Shun-kun?"

Shun hanya mampu tersenyum.

"Ibu saya pun telah meninggal dunia. Rasa sedih tak dapat digambarkan sama sekali, sampai sekarang saya masih belum lagi pulih dari kehilangan ini."

Shun amat mengerti perasaan Rania.

"Ibu awak di syurga, akan lebih bahagia jika awak senyum daripada menangis."  Shun menoleh dan menatap wajahnya.

"Lagu itu, bila awak telah menguasainya dengan baik, mari kita nyanyi bersama-sama."

--------------------

Sementara itu, Sato, seorang ejen yang ditugaskan untuk menjaga Rania dan ayahnya, sedang menunggunya di luar hotel.

Akhirnya, dia melihat Rania berjalan menuju ke arahnya.

“Rania-san dari mana?” tanya Sato.

"Saya keluar beriadah."

Dia terus masuk ke dalam seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Sato segera mengikutinya.

"Dengar nasihat saya, jangan pergi ke bahagian selatan jambatan itu, okay? Jika terjadi sesuatu yang buruk, apa yang harus saya jawab pada ayah kamu?"

"Saya hanya ingin bersendirian."

Rania kembali ke biliknya.

"Memang tak guna jadi orang baik, ha?"

Ekspresi Sato berubah.

Bab 3: Harta berharga

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

"Saya hanya bimbangkan keselamatannya, Pak." kata Sato kepada ayah Rania.

"Saya risau, Pak. Dia mungkin bertemu dengan orang jahat. Ada sebuah kawasan yang banyak orang miskin berkeliaran di seberang jambatan. Saya tidak mahu dia pergi ke sana. Orang-orang di sana berperilakuan jahat."

"Saya faham. Terima Kasih, Sato." sambil menepuk bahunya.

Sato berbisik ke salah satu anak buahnya setelah ayah Rania kembali ke biliknya.

“Aku nak kau ikut dia. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku.”

------

Hari berikutnya, mereka berjanji untuk bertemu di tepi sungai. Dia membawa buku berisi lirik yang ditulis oleh arwah ibunya.

“Rania-chan, kenapa awak perlu menutup kepala dengan hijabu ini?”

“Dalam agama saya, hijab ini adalah sebagai satu tanda untuk menjaga kesopanan diri kita. Dengan itu, di mana pun kita berada, kita harus memakai pakaian yang sederhana dan menjaga perilakuan kita. Awak benar-benar ingin tahu banyak hal, Shun-kun.”

“Ya, sebab saya belum pernah jumpa orang seperti awak sebelum ini.”

Shun mencuba menyanyikan lagu itu bersama Rania. Perlahan-lahan, dia mampu menyanyikannya dengan baik.

Matanya beransur jadi cerah. Shun merasa bahagia untuknya.

“Rania-chan, sekarang awak sudah tahu cara menyanyikan lagu itu dengan betul, saya berharap awak akan terus tersenyum mulai sekarang.”

Bab 4: Firasat

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Sutera mesra cuci?” tanya Shun.

“Ya, sutera biasanya sensitif dan rumit untuk dicuci sendiri di rumah, kan?” Akhirnya, kita dapat melakukannya! Jadi, dengan sutera mesra cuci ini, reputasi YAMATO akan melonjak tinggi!" jelas Hide, orang kanan Nishi, dengan bangganya.

Mata Shun melebar dengan penuh kekaguman. Teknik WAZA yang ditampilkan oleh para pekerja di kilang tekstil Yamato benar-benar yang terbaik di Jepun.

------

Setelah menyelesaikan kerjanya, Shun menuju ke sungai dan menunggu Rania.

Saat Rania mendekatinya dari belakang, dia terdengar Shun sedang menyanyikan lagu itu.

“Rania-chan, mari kita nyanyi lagu ini sama-sama.”

Rania duduk di sampingnya dan mereka mula bernyanyi.

Mereka sedang senang menghabiskan waktu bersama apabila terdengar teriakan seorang lelaki dari belakang.

“Rania-san, saya sudah bagitahu kamu jangan pergi ke daerah selatan jambatan, bukan?”

Anak buahnya menyambar kedua lengannya.

Shun buntu kerana tidak memahami apa yang baru saja terjadi.

Bab 5: Hijab yang koyak

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Saat anak buah Sato membawanya pergi, hujung hijab Rania tersangkut di salah satu ranting kayu dan terkoyak.

Rania tak mampu berkata apa-apa.

“Hei, jangan terlalu berharap dia akan jadi kawan kau.“ kata Sato pada Shun.

“Dia sudah pun menjadi kawan saya.” Shun menegaskan.

Sato mendengus dan kemudian berlalu pergi.

“Sekarang kamu berkawan dengan anak miskin seperti itu?”

Rania berdiam diri.

“Saya akan memberitahu ayah kamu bahawa kamu telah pergi ke daerah selatan. Saya tidak akan membiarkan kamu bertemu dengan budak lelaki itu lagi.“

------

Shun kembali ke kilang dengan hijab yang koyak dalam genggaman tangannya. Nishi mendekatinya.

“Kau tidak apa-apa?”

“Ini hijab kawan saya. Ia sudah koyak.”

“Hijab itu sangat berharga?”

“Ini sangat bermakna baginya.”

Nishi memandang dengan rasa sedih saat Shun masuk ke biliknya.

------

Rania bercerita pada ayahnya tentang tindakan Sato.

“Dia melakukan semua itu untuk kebaikan kamu juga. Ayah sudah dengar cerita tentang orang-orang yang tinggal di daerah selatan jambatan itu. Dengar nasihat kami, okay? Meskipun mereka cuba untuk melindungimu, mereka juga menyesal terhadap hijab kamu yang sudah koyak itu.”

"Ayah, jangan percaya pada semua khabar angin itu. Ayah dan ibu mengajari saya untuk berbuat baik pada semua orang.”

Bab 6: Harapan

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Rania duduk di sudut ruangan sambil memeluk hijabnya yang sudah koyak itu.

“Ibu... saya minta maaf kerana tidak mampu menjaga hijab yang ibu sudah berikan pada saya…”

Rania terdengar Sato memberitahu ayahnya tentang Shun.

"Tidak... Shun-kun bukan orang seperti itu... Dia adalah kawan terbaik yang pernah aku temui.”

------HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Nishi-san, saya ingin membuat hijab sutera untuk kawan saya!”

“Menguasai WAZA tidaklah mudah, Shun. Ia memerlukan banyak latihan dan kesabaran.”

“Aku bersedia untuk menerima apa saja cabaran, jadi saya mohon...”  Shun menunduk.

“Baiklah. Aku izinkan. Aku mahu kau lakukan tugas ini secara serius dan jangan lalai, okay?”

Shun mengangguk dan berjanji akan buat yang terbaik.

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Semua orang berkumpul untuk makan malam. Nishi mengumumkan kepada semua bahawa mulai besok Shun akan membuat hijab sutera.

“Kita di sini siap membantu kau, Shun!” Semua orang di kilang bersorak untuknya.

“Oh ya, Shun, aku nak kau temani aku untuk menghantar sejumlah kain sutera untuk salah satu pelanggan kita yang sedang menginap di hotel. Agak berat jadi aku perlu bantuan kau." kata Hide.

Bab 7: Menunggu

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Shun dan Hide tiba di luar hotel.

Beberapa saat kemudian, pelanggan itu tiba. Hide berbual dengannya.

“Wow, indah sekali!”
“Bos, terima kasih atas pembeliannya.”

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Shun melihat di sekelilingnya dan ternampak sosok yang dikenalnya, sedang duduk di bangku dengan wajah tampak bosan. Shun memperhatikan kepalanya ditutupi dengan hijab warna merah jambu.

“Rania-chan!” Shun memanggil namanya dengan suara pelan.

“Ini saya, Shun. Saya terkejut melihat awak di sini!”

“Shun-kun...” Air mata menitis saat dia mula berbicara.

Dia tidak boleh keluar untuk bertemu dengan Shun kerana sikap diskriminasi Sato terhadap orang-orang dari daerah selatan.

Namun, dia bukannya marah kerana diskriminasi Sato terhadap orang-orang seperti dia tetapi pada Sato kerana sudah membuat Rania sedih.

“Rania-chan, saya akan menulis surat kepada awak mulai dari sekarang.”

“Betul ke? Saya menantikan surat awak, Shun-kun.”

Setelah perbualan dengan pelanggan selesai, Hide dan Shun berangkat pulang.

----HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Kau nak aku berikan surat kau kepada dia?” tanya Taro.

“Ya, kau boleh bantu aku?”

“Boleh, tidak ada masalah, Shun. Apa gunanya sahabat, kan?” Mereka saling beradu kepalan tangan seperti biasa sebelum berpisah.

Bab 8: Tekad

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Taro berhasil mengirimkan surat Shun kepada Rania. Dia pula menyerahkan surat yang ditulis sendiri ke Taro.

“Terima kasih, Taro-kun.”

-----HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Bagaimana dengan ini, Nishi-san?” tanya Shun.

“Tidak bagus. Buat sekali lagi.”

Hari demi hari, Shun meminta persetujuan dari Nishi tapi dia selalu menyuruhnya untuk buat sekali lagi.

“Haruskah aku melakukannya dengan cara ini...?” sepanjang hari Shun memikirkan bagaimana dia boleh memperbaiki tekniknya.

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Apabila malam tiba, Nishi melihat Shun masih di kilang.

“Shun? Kenapa kau masih di sini? Sudah larut malam. Kau harus tidur. Rehat juga sebahagian dari pekerjaan kau.”

“Maafkan saya, Nishi-san. Saya masih...” Nishi melihat hijab yang dipegangnya.

“Shun, mari duduk di sini.”

Shun berjalan menuju ke Nishi dan duduk disebelahnya.

“WAZA itu bukan sekadar teknik.

Ada banyak penyanyi yang meraih sukses dengan lagu sulungnya berbanding dengan lagu-lagu yang lain, kan? Ini mirip dengan itu.

Kita tidak dapat menyentuh hati seseorang hanya dengan bakat saja.

Shun, selain bakat, kau juga harus mencurahkan segala hati dan jiwa yang ada dalam karya seni ciptaan kau.

Lakukanlah sambil memikirkan tentang kawan baik kau itu.”

Bab 9: Surat

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“SAYA BERHASIL!”

Setelah menerima persetujuan dari Nishi, dia akhirnya berhasil membuat hijab sutera. Para pekerja sangat seronok dan berkongsi kegembiraannya.

“Bagus, Shun. Hanya kau yang mampu menghasilkan hijab yang penuh dengan ketulusan.”

“Terima kasih, Nishi-san.”

-----HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Sato sedang menghisap rokok di luar hotel apabila dia terlihat Rania dan seorang budak lelaki sedang berbicara.

“Dari pakaiannya, nampak seperti seseorang dari daerah utara tapi... seperti ada yang mencurigakan di sini…”

Sato mengikuti budak lelaki itu saat dia pergi.

“Ini surat kau.” Taro menyerahkannya padanya.

Shun dan Taro sedang berbicara apabila kedengaran teriakan suara dari belakang.

“Jadi, ini yang kau lakukan selama ini?”

Mereke menoleh dan melihat Sato mengukir sebuah senyuman yang tidak menyenangkan di wajahnya.

Sato merampas surat itu dari Shun, melihat dengan sekilas isi surat itu.

“Aku dah cakapkan, tak perlu berharap, bukan?” Sato mengoyak surat itu di depan mereka.

“Surat aku!” Shun berteriak.

“Berani kau koyak surat Shun!” Taro juga, kehilangan kesabarannya.

“Kamu berasal dari daerah utara, kan? Kamu seharusnya memilih seorang teman yang bijak dengan betul.”

-----HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Sementara itu, Rania memutuskan untuk memberitahu segalanya kepada ayahnya.

“Ayah, saya ingin menunjukkan surat-surat yang dia tulis kepada saya. Rania harap melalui surat-surat ini, ayah dapat melihat bahawa dia adalah seorang insan yang baik.”

“Baiklah, sayang. Ayah akan membacanya.”

Bab 10: Terima Kasih

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Rania berhasil menyanyikan lagu yang dia telah berlatih bersama Shun, di depan ayahnya.

“Shun-kun adalah orang yang telah mengajari saya, Ayah.”

Dalam semua surat, Shun selalu menulis kata-kata semangat untuk Rania. Sewaktu ayah Rania membaca dengan sekilas surat-surat itu, terdetik rasa bersalah.

“Aku salah menilai dia hanya dari tempat kelahiran mereka dan terlalu percayakan pada khabar angin.”

“Ayah, izinkan aku bertemu dengan Shun-kun.”

-----HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Shun! Kawan kau dari luar negeri ada di sini.” Hide memanggil Shun.

“Berikan ini padanya...” Nishi menyerahkan hijab itu kepada Shun.

Shun bergegas keluar dan melihat Rania berdiri dengan seorang lelaki, yang dia pikir mungkin ayahnya.

Wajah mereka bersinar saat bertemu. Rania memperkenalkan Shun ke ayahnya.

“Shun-kun... saya ingin minta maaf atas apa yang terjadi... saya telah mendengar mengenai diskriminasi Sato terhadap kamu. Saya telah melaporkan tindakannya kepada pihak atasan. Jadi, jangan risau.”

Shun menunduk dengan sopan.

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Rania-chan, saya ada sesuatu untuk awak. Harap awak suka.”

Begitu Rania membuka bungkusan itu, airmata mengalir keluar tanpa henti.

“Ini... Shun-kun, awak menghadiahkan saya sehelai hijab? Dan warnanya sama persis dengan hijab ibu saya…”

“Ya, saya buatkan untuk awak.”

Ayahnya memegang hujung kain hijab itu. Dia terpesona oleh tekstur halusnya dan ada sesuatu yang tak mampu diungkap dengan kata-kata saja.

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

“Apakah ini dibuat daripada sutera?”

Shun mengangguk. Lalu, Nishi melangkah keluar dari kilang dan menyambut kedatangan ayah Rania. Nishi mulai menjelaskan apa yang dilakukan YAMATO dan mengenai sutera mesra dicuci itu.

“Shun-kun, jika suatu hari saya pulang ke rumah, apakah awak masih akan ingat saya?” tanya Rania.

“Tentu saja, Rania-chan. Awak kawan saya. Saya tidak akan pernah melupakan awak."

HIRAHIRA - Washable Silk Hijab

Ayah Rania tiba-tiba mendapat satu idea dan berbicara dengan Nishi.

“Nishi-san, boleh aku membeli hijab yang sama seperti yang diberikan ke Rania? Aku berniat mahu memberikan ini kepada permaisuri Sultan di negara asalku sebagai hadiah.”

“Permaisuri Sultan? Kami amat bebesar hati menghasilkan untuk anda, tuan!”

Nishi dan Shun saling memandang sejenak dengan penuh kegembiraan.

Rania melihat ada mesej yang diselitkan bersama hijab itu.

“A-RI-GA-TOU”

 

@Ryota - Kepala Redaksi

@Nur Azimah - Tukang Cerita

Jared - Pelukis

 

HIRAHIRA - Washable Silk HijabHIRAHIRA - Washable Silk Hijab
Dengan bantuan kilang Tekstil Yamatou di Kyoto, kami dapat menghasilkan “Hijab Sutera mesra cuci” seperti yang dipaparkan dalam buku ini.
Sebuah ciptaan yang menggunakan teknik WAZA.
Kami sangat sukacita jika anda mengingat “Hijab Sutera mesra cuci” dan ingin memberikannya sebagai hadiah untuk diri anda ataupun kepada orang-orang tersayang.
Keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membantu kegiatan-kegiatan dalam menyampaikan cerita ini kepada anda semua.

Jika anda suka dengan cerita ini, sila share! ARIGATO~

BACK TO TOP