Projek "Tudung Sutera Mesra Cuci"

Di Kyoto, terdapat lebih dari 1400 syarikat yang telah bertahan lebih dari 100 tahun. Satu daripadanya adalah syarikat Yamato, yang ditubuhkan pada tahun 1833, masih lagi aktif dalam bisnes tekstil yang dikendalikan sejak hari pertama mereka bertapak.

Kecantikan fabrik yang dicipta oleh Yamato telah meraih kepujian dari seluruh dunia dan hasil ciptaan mereka digunakan dalam projek kolaborasi dengan jenama-jenama termasyhur seperti Giorgio Armani, LOEWE dan BMW.
187 tahun sejak penubuhan syarikat, Yamato berusaha untuk menghasilkan teknologi baru hinggalah mereka berjaya mencipta teknologi 'Sutera Mesra Cuci'.

Walaupun tekstur sutera lembut dan licin, ia mudah berkedut jika dibasuh. Dengan adanya teknologi 'Sutera Mesra Cuci', inovasi ini dapat meringankan beban untuk sesiapa yang memiliki sutera.
Di Melo!, kami dengan sukacitanya ingin menyebarkan kepada semua penduduk merentasi asia tenggara keindahan menyaksikan teknologi inovatif Yamato yang amat bertradisi ini. Oleh kerana itu, kami memutuskan untuk memulakan projek 'Tudung Sutera Mesra Cuci'.
 
Buat masa kini, hasil pembentukan 'Tudung Sutera Mesra Cuci' belum lagi dilaksanakan. Tugasan pertama kami adalah untuk mengetahui dan mengumpul pendapat dari wanita-wanita beragama islam mengenai idea dan citarasa masing-masing yang nanti akan dipertimbangkan semasa proses pembentukan produk. Estetik visual si pemakai akan berdasarkan dari pendapat dan pandangan diterima dari anda.

*Keluaran Tudung Sutera Mesra Cuci buat pertama kalinya dijadual akan berlangsung di Kyoto pada bulan Jun ini.

Kami ingin mendengar pendapat anda!

*(Anggaran harga "Tudung Sutera Mesra Cuci"- S$300.
Dengan menggunakan kupon, diskaun 10%  harga - S$270.)
Pendapat anda sungguh bermakna untuk kami dan juga menentukan hasil pembentukan 'Tudung Sutera Mesra Cuci' nanti. Kami benar-benar menghargai dan berharap dapat melihat anda menyertai kami dalam perjalanan mewujudkan impian ini bersama-sama!

Sila isi borang yang tertera di bawah.

 

BACK TO TOP